Pages

zakizulkifli.com

Wednesday, February 29, 2012

Suami isteri maut nahas

IPOH: Sepasang suami isteri maut manakala seorang lelaki cedera parah apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan di KM18, Jalan Tanjung Tualang-Kampung Gajah semalam. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, ketika dihubungi berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 6 petang itu ialah pemandu kereta Mokhtar Tak, 74, dan isterinya, Mahiyan@Masalamah Ariffin, 60, yang berasal dari Jalan Manggis, Bandar Baru Seberang Perak.
Mohd Fakri berkata, Masalamah yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam selepas dirawat di Hospital Changkat Melintang, Parit manakala suaminya yang dirawat di Hospital Batu Gajah meninggal dunia pada 7.30 malam tadi.
Katanya, pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Mustafa Salimin, 29, yang berasal dari Gopeng, cedera di kepala dan dirawat di Hospital Batu Gajah. 

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Mokhtar bertembung dengan kereta Mustafa yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA 
READ MORE - Suami isteri maut nahas

KAKITANGAN Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KAKITANGAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong paip kabel elektrik milik TNB yang terjatuh ke atas laluan Permas Jaya menghala Plentong selepas kerangka besi yang menampung kabel itu patah jam 9.30 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Feb 29, 2012 7:35 pm
READ MORE - KAKITANGAN Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tuesday, February 28, 2012

50 pokok tumbang

SHAH ALAM: “Saya pada mulanya lihat awan berwarna kelabu dan ketika itu hujan sangat lebat, malah pokok yang berada di hadapan rumah bergoncang sebelum pokok mula tumbang satu persatu,” kata saksi kejadian ribut di Subang Bestari, dekat sini, menyebabkan 50 pokok tumbang, semalam.
Saksi itu yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, ketika kejadian, kereta Proton Persona milik kakaknya rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang.

Menurutnya, dia tinggal di kawasan terbabit sejak 12 tahun lalu, namun kejadian ini kali pertama berlaku, malah bernasib baik kerana sebuah kereta lagi terselamat kerana diletakkan di dalam kawasan rumah.
Pengurus Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh, Md Zawawi Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat jam 4.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Shah Alam dibantu 10 anggota polis bertungkus-lumus membersihkan kawasan perumahan terbabit selepas lebih 50 pokok tumbang akibat ribut.
READ MORE - 50 pokok tumbang

Dua beradik terselamat

ROZITA Ahmad, 34, memeluk anak-anaknya, Nur Qamarina Atirah Musa, 13 (kiri) dan Mohd Izzudin Syukri, 7, yang terselamat dalam kebakaran rumah mereka di jalan Mendu, Kuching, semalam.
ROZITA Ahmad, 34, memeluk anak-anaknya, Nur Qamarina Atirah Musa, 13 (kiri) dan Mohd Izzudin Syukri, 7, yang terselamat dalam kebakaran rumah mereka di jalan Mendu, Kuching, semalam.
KUCHING: Tindakan pantas seorang wanita menarik tangan dua beradik yang cuba memasuki semula rumah mereka yang terbakar, menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kebakaran di Jalan Mendu di sini, semalam.
Saadiah Ramli, 48, berkata dia berjaya menghalang Nur Qamarina Athirah Musa, 13, dan adiknya, Izuddin Syukri, 7, daripada masuk semula ke dalam rumah mereka yang terbakar itu semata-mata mahu menyelamatkan pakaian dan kelengkapan sekolah masing-masing.
READ MORE - Dua beradik terselamat

mayat dua beranak yang rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Ketereh berusaha mengeluarkan mayat dua beranak yang rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang dan masuk ke lorong sebelah jalan sebelum terbakar di Kampung Bechah Kura, Jalan Kota Bharu - Pasir Putih, Peringat, malam tadi. - Foto Zaman Huri Isa
Feb 29, 2012 11:33 am
READ MORE - mayat dua beranak yang rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas

Monday, February 27, 2012

kerja menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sembilan tingkat di Astrakhan, Selatan Russia

GAMBAR dikeluarkan oleh Kementerian Kecemasan Russia menunjukkan kerja menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sembilan tingkat di Astrakhan, Selatan Russia runtuh berpunca daripada letupan gas yang berlaku di aras bawah bangunan itu, tengah malam tadi. Sehingga kini 12 mangsa dilaporkan cedera dan 10 lagi masih hilang. - Foto EPA
Feb 28, 2012 9:35 am
READ MORE - kerja menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sembilan tingkat di Astrakhan, Selatan Russia

Lima termasuk dua warga emas maut dalam kemalangan

KUANTAN - Lima maut termasuk dua warga emas manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam tiga kemalangan berasingan di Pahang semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah berkata kejadian pertama pukul 7 pagi membabit seorang warga emas, Chan Ka Yin, 81, yang dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Km42.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas badannya terputus dua dilanggar kereta dari arah Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kemalangan kedua membabitkan seorang lagi warga emas maut manakala dua pemandu kereta cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Km332 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu pada 4 petang.

Mohd Rizal berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu Chong Pun, 75, dari arah Kuala Lumpur dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan.
    
Katanya, kenderaan mangsa telah merempuh dua kenderaan arah bertentangan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala pemandu dua lagi kenderaan itu cedera parah dimasukkan ke Hospital Raub.

Kemalangan ketiga telah meragut tiga nyawa selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Km208.6 Lebuhraya Pantai Timur pada 8.10 malam.

Mohd Rizal berkata, mangsa dikenali sebagai Susilawati Saparuddin, 21, Azizah Latif, 49, dan Arfan Ar Rayyan Azman, berusia satu tahun.

Katanya, kenderaan yang dipandu Susilawati dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai gagal dikawal sebelum merempuh belakang lori berkenaan menyebabkan ketiga-tiganya meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir satu jam mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang terperosok di belakang lori. - Bernama
READ MORE - Lima termasuk dua warga emas maut dalam kemalangan

Sunday, February 26, 2012

Lembu ‘naik’ Wira

NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk  mencuri lembu.
NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk mencuri lembu.
KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.

“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.
“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.
“Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri. Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
READ MORE - Lembu ‘naik’ Wira

Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China

KEADAAN bas yang remuk akibat hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di daerah Shanxi berhampiran bandar Jincheng, Beijing. 15 pelancong dilaporkan terkorban manakala 19 yang lain cedera. - Foto AFP 
Feb 26, 2012 11:49 am

BEIJING: 15 pelancong terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki mereka tercampak ke dalam gaung. 

Pihak berkuasa China dalam satu kenyataan, berkata ia berlaku selepas bas terbabit melalui jalan selekoh di lebuh raya wilayah Shanxi, di bawah pemerintahan kerajaan bandar Jincheng, pagi Sabtu (waktu tempatan).
Setakat ini, katanya, 15 disahkan terbunuh manakala 19 yang mengalami kecederaan sudah dikejarkan ke hospital. - AFP
READ MORE - Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China

Wednesday, February 22, 2012

Kereta rempuh rumah ketika penghuni solat

SEREMBAN - Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat.

Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyinah, 11, selamat.

Ahmad berkata ketika beliau dan anaknya sedang bersolat jemaah, beliau terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum terdengar dentuman pada dinding bersebelahan biliknya sedang bersolat.

"Anak saya menjerit ketakutan dan memeluk saya. Saya kemudian keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya dapati sebuah kereta Toyota Camry sudah terbalik dan orang ramai sedang menolong mengeluarkan pemandunya yang cedera," katanya.

Beliau berkata beliau kerugian hampir RM10,000 akibat dua buah motosikal, dinding rumah dan perkakasan dalam rumahnya rosak teruk.

"Saya sudah tinggal di sini sejak 26 tahun lalu dan ini adalah kejadian yang pertama berlaku. Saya bersyukur sebab saya dan anak saya selamat," kata Ahmad.- Bernama
READ MORE - Kereta rempuh rumah ketika penghuni solat

Terdetik hati pulang kerja awal

PONTIAN: “Mujur saya pulang lebih awal, jika tidak, tak tahu apa akan berlaku kepada kedua-dua orang tua yang uzur,” kata Abdullah Busu, 39, apabila rumahnya di Kampung Andik Mori Laut, Serkat, di sini, musnah dijilat api, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dia pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum melihat api marak membakar bahagian depan rumahnya.

Katanya, dia berlari ke dalam menyelamatkan bapanya, Busu Ab Rahman, 82, dan ibu, Bechek @ Zainab Salleh, 71, yang uzur dan tidak boleh berjalan tanpa menghiraukan keselamatan diri.
“Selalunya saya pulang jam 2 petang, tetapi pada hari kejadian, hati tidak berapa tenteram dan pulang awal.

“Saya membawa keluar ibu dan bapa dari bilik di tengah rumah. Syukur mereka selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia yang mengambil upah melakukan kerja kampung berkata, dia tinggal bersama ibu bapa dan adik, Ramli yang berusia 33 tahun.
“Ketika kejadian, Ramli tiada di rumah kerana bekerja. Walaupun semua dokumen penting musnah, namun bersyukur kerana dapat menyelamatkan ibu dan bapa,” katanya.
READ MORE - Terdetik hati pulang kerja awal

Kereta api tergelincir

KUANTAN: Kira-kira 60 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Malayan Tiger Train yang dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor, kempunan menaiki kenderaan berkenaan ke destinasi dihajati selepas kereta api dinaiki tergelincir ketika tiba di Stesen Keretapi Triang, Bera, awal pagi semalam.
Akibat kejadian jam 1.55 pagi itu, semua penumpang terbabit menaiki bas untuk ke destinasi selepas kereta api berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta api membawa empat gerabak itu tergelincir dari landasan ketika hendak memasuki laluan kedua di hentian berkenaan.
Katanya, akibat gagal memasuki laluan kedua itu menyebabkan kepala kereta api berkenaan tergelincir selepas tersasar dari landasan.
READ MORE - Kereta api tergelincir

Dua kali lara

USUNG...jenazah Mohamad Al-Amin diangkat selepas ditemui mati lemas
 di Sungai Kambus, Kampung Sungai Belacan, semalam.
USUNG...jenazah Mohamad Al-Amin diangkat selepas ditemui mati lemas di Sungai Kambus, Kampung Sungai Belacan, semalam.
DITEMUI...basikal mangsa ditemui dalam semak di tepi sungai.
DITEMUI...basikal mangsa ditemui dalam semak di tepi sungai.
KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal yang baru pulang dari majlis pengebumian ibu saudaranya terpaksa menerima berita memilukan apabila anaknya mati lemas di Sungai Kambus, Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, pagi semalam.
Mangsa, pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Tarbiah Mardziah, Mohamad Al-Amin Muradi, 15, dikatakan hilang apabila tidak pulang ke rumah sebaik selesai kelas mengaji al-Quran terletak berhampiran rumahnya di Kampung Alor Tok Aji, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa yang mendapat maklumat jam 8 pagi semalam, kemudiannya melakukan gerakan mencari sebelum menemui mayat mangsa hampir dua jam kemudian.
Difahamkan, ibunya, Habsah Daud, 45, dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya oleh ahli keluarga sebaik pulang dari menziarahi ibu saudara yang meninggal dunia.

Habsah yang bekerja sebagai tukang cuci di sekolah, dikatakan keluar mencari anaknya selepas solat Asar namun gagal menyebabkannya berusaha ke tempat kejadian sekali lagi dan menemui basikal serta selipar milik anaknya, kira-kira jam 12 tengah malam.

Bagaimanapun, Habsah yang ditemui semalam, enggan ditemu bual wartawan.
Rakan karib Habsah, Kamariah Said, 48, berkata dia dihubungi rakannya itu pada jam 10 malam sambil memberitahu tidak sedap hati memandangkan Mohamad Al-Amin tidak pulang sejak petang kelmarin.

Katanya, dia kemudian menghubungi Habsah semula pada tengah malam dan diberitahu berada di sungai mencari anaknya.
“Saya tidur sekejap dan bangun pada tengah malam kerana ingin mengetahui keadaannya.

“Dia ketika itu sedang mencari anaknya di sungai, tetapi cuma menemui basikal dan selipar.

“Pagi tadi (semalam) saya ke rumahnya dan selepas itu dia memberitahu ingin ke Kampung Pulau Gajah pula mencari anaknya,” katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata seramai lima anggota Unit Skuba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemui jam 9.45 petang semalam kira-kira 50 meter dari tebing sungai.
READ MORE - Dua kali lara

Tuesday, February 21, 2012

Superman nahas meniru aksi siri kartun Superman

USUNG...jenazah Ramli  dibawa  ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
USUNG...jenazah Ramli dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
MARANG: Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.
“Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.
“Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa,” kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan
READ MORE - Superman nahas meniru aksi siri kartun Superman

Monday, February 20, 2012

Melecur akibat cuai

GEORGETOWN: Kecuaian dipercayai menjadi punca menyebabkan seorang pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur teruk seluruh anggota badan ketika membaiki pencawang elektrik di Jalan Kangsar, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keputusan itu diperoleh selepas siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Siasatan Forensik Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Khas TNB.

“Kecuaian mungkin punca kejadian, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Mohammad Zainy Abd Hamid, 36, melecur 80 peratus di seluruh badannya apabila pencawang utama meletup ketika dia membaiki kerosakan aliran bekalan elektrik di situ.

Gan berkata, mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Sementara itu, abang Mohammad Zainy, Abdil Zimar Abd Hamid, 46, berkata mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian yang menimpa adiknya.
Katanya, adiknya masih tidak sedarkan diri kerana parah di seluruh badan.

“Kami berdoa supaya dia selamat dan sembuh daripada kecederaan,” katanya ditemui di wad ICU HPP, semalam
READ MORE - Melecur akibat cuai

Sedia pindah selepas tahu hasil kajian Ikram

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah menyediakan penempatan sementara di Hotel De Palma, di sini, kepada enam keluarga yang terbabit kejadian tanah mendap di Jalan Plumbum 101/103, Seksyen 7, minggu lalu.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk, Zain Wahinuddin Idris, bagaimanapun berkata mereka belum membuat keputusan untuk berpindah kerana menghadapi pelbagai kesukaran menjalankan aktiviti seharian.

Katanya, mereka mungkin berpindah selepas mengetahui keputusan hasil kajian dan analisis yang dilakukan pakar dari Institut Kerjaraya Malaysia (Ikram).
“Selepas mengetahui punca kejadian dan memberi ruang untuk PKNS menguruskannya, kami tidak teragak-agak untuk berpindah sementara menunggu kerja baik pulih selesai.

“Pada Rabu ini, kami akan mengadakan pertemuan kali kedua bersama Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan serta wakil PKNS bagi perbincangan lanjut dan tindakan seterusnya yang bakal diambil,” katanya ketika ditemui. Sementara itu, penduduk, Rozaiman Razali, 39, berkata faktor jarak antara Hotel De Palma dengan sekolah anak-anaknya di Seksyen 7 menyebabkan beliau tidak berpindah.

“Saya tidak mahu persekolahan anak-anak terjejas kerana jarak yang jauh dan mungkin menyebabkan anak-anak tidak selesa.
“PKNS diharap menyelesaikannya secepat mungkin kerana ia menjejaskan rutin harian semua penduduk yang terbabit,” katanya.
READ MORE - Sedia pindah selepas tahu hasil kajian Ikram

Air deras ‘terjah’ rumah

BERBAHAYA...Mumtaz (kanan) dan Mohd Suffian menunjukkan tanah mendap di Jalan Ara, Bangsar.
BERBAHAYA...Mumtaz (kanan) dan Mohd Suffian menunjukkan tanah mendap di Jalan Ara, Bangsar.
KUALA LUMPUR: “Dua minggu lalu tembok batu di belakang rumah runtuh, hari ini (semalam) rumah kami pula dimasuki air,” kata Mohd Suffian Muda, 39, mengenai rumahnya di Lorong Maarof, dekat Bangsar, di sini, yang ‘diterjah’ arus deras akibat hujan lebat petang semalam.
Kejadian jam 4.45 petang itu berpunca akibat longkang yang tersumbat di persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof-Jalan Ara kira-kira 30 meter dari rumah berkenaan.

Ia turut menyebabkan persimpangan lampu isyarat berkenaan bertukar ‘sungai’ dan arus deras banjir kilat itu menyebabkan rumah terbabit dinaiki air kira-kira 0.5 meter.
Mohd Suffian berkata, kejadian dua minggu lalu menyebabkan tembok batu setinggi dua meter yang memisahkan rumahnya dengan kedai perabot yang terletak di bahagian belakang rumah itu runtuh.

“Arus deras memasuki kedai perabot itu sebelum merempuh tembok batu di belakang kedai itu hingga runtuh. Hari ini (semalam) disebabkan tembok batu itu runtuh, rumah kami pula dimasuki air,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Suffian berkata, kejadian itu menyebabkan keseluruhan tingkat bawah banglo dua tingkat yang didiami bersama isteri, dua anak mereka serta mentuanya itu dimasuki air dan merosakkan perabot dan tujuh karpet milik keluarga itu.
Menurutnya, kedai perabot berkenaan yang tidak mempunyai sistem perparitan turut menyebabkan rumahnya terdedah limpahan air akibat banjir kilat itu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati longkang di persimpangan lampu isyarat itu tersumbat menyebabkan aliran air dari Jalan Ara melimpah sehingga ke permukaan jalan apabila hujan lebat.
Limpahan air itu menyebabkan ruang pejalan kaki di Jalan Ara mendap dan dikhuatiri menyebabkan papan tanda setinggi 10 meter di tepi jalan itu tumbang.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Mumtaz Ali, 58, berkata dia kecewa kerana pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak terbabit sejak kejadian pertama dua minggu lalu, namun tiada tindakan diambil.

“Saya bimbang berlaku kejadian lebih buruk selepas ini sekiranya tiada tindakan diambil,” katanya.

READ MORE - Air deras ‘terjah’ rumah

Kereta atas bumbung

TERBABAS...kereta tersangkut atas bumbung garaj selepas hilang kawalan.
TERBABAS...kereta tersangkut atas bumbung garaj selepas hilang kawalan.
KUCHING: “Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj,” kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang rakan menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.

“Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas,” katanya.
Difahamkan, kereta dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Robert, 30, dari Jalan Rock dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan menyebabkan ia merempuh besi penghadang jalan dan kedai peralatan pengantin sebelum ‘mendarat’ di bumbung garaj rumah berkenaan.

Namun pemandunya bernasib baik apabila hanya cedera ringan sebelum dibawa ke klinik dengan bantuan rakannya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Mendu, beberapa minit kemudian pada malam sama.
Kemalangan berlaku hanya 300 meter dari tempat kejadian pertama apabila pemandu, Lim Chin Kwong, 42, dari Jalan Arang gagal mengawal kenderaannya lalu berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Satu lagi kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Wira apabila pemandunya, Mohammad Ali Tambi, 44, hilang kawalan lalu merempuh penghadang sebelum berhenti di tengah-tengah jambatan, di Sejingkat.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan bersama seorang rakan, Mustapha Hassan, 27, dalam perjalanan ke Kampung Geobilt bertemu rakannya, pada jam 1 pagi.

Kemalangan dipercayai berpunca keadaan jalan licin menyebabkan kenderaan dinaiki berpusing beberapa kali.
READ MORE - Kereta atas bumbung

44 maut, 30 larikan diri rusuhan penjara Mexico

MONTERREY (Mexico): Ahli kumpulan pengedar dadah Mexico, Zetas membunuh 44 pesaing mereka, kartel Gulf dalam satu kejadian rusuhan di sebuah penjara sebelum melarikan diri beramai-ramai. 

Pegawai kerajaan negara itu berkata, banduan berjaya melarikan diri berkemungkinan mendapat bantuan daripada pihak berkuasa penjara.
“Di tengah-tengah rusuhan dan ketidakstabilan di dalam penjara, sekumpulan 30 banduan berjaya melarikan diri daripada pusat tahanan itu,” kata Gabenor Nuevo Leon, Rodrigo Media dalam satu sidang media di sini, hari ini. - AFP
READ MORE - 44 maut, 30 larikan diri rusuhan penjara Mexico

Tentera Albania terbunuh diserang polis Afghanistan

TIRANA: Seorang tentera Albania ditembak mati manakala seorang lagi berada dalam keadaan koma selepas polis Afghanistan bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka di bandar berdekatan selatan Kandahar, menurut Kementerian Pertahanan Albania, hari ini. 

Sebelum serangan berkenaan, pihak tentera di bawah pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghadiri perasmian di dua buah sekolah berdekatan Kandahar dan secara tiba-tiba mereka diserang polis tempatan.
Menurut kementerian itu, seorang tentera asing turut cedera susulan serangan terbabit.
"Sebelas anggota polis Afghanistan ditahan berhubung kejadian yang berlaku di Kampung Robot itu," katanya. 

Kematian itu adalah yang pertama bagi tentera Albania di Afghanistan, di mana bandar Tirana menyumbangkan kira-kira 260 askarnya untuk menyertai misi NATO. - AFP 
READ MORE - Tentera Albania terbunuh diserang polis Afghanistan

Tentera Albania terbunuh diserang polis Afghanistan

TIRANA: Seorang tentera Albania ditembak mati manakala seorang lagi berada dalam keadaan koma selepas polis Afghanistan bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka di bandar berdekatan selatan Kandahar, menurut Kementerian Pertahanan Albania, hari ini. 

Sebelum serangan berkenaan, pihak tentera di bawah pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghadiri perasmian di dua buah sekolah berdekatan Kandahar dan secara tiba-tiba mereka diserang polis tempatan.
Menurut kementerian itu, seorang tentera asing turut cedera susulan serangan terbabit.
"Sebelas anggota polis Afghanistan ditahan berhubung kejadian yang berlaku di Kampung Robot itu," katanya. 

Kematian itu adalah yang pertama bagi tentera Albania di Afghanistan, di mana bandar Tirana menyumbangkan kira-kira 260 askarnya untuk menyertai misi NATO. - AFP 
READ MORE - Tentera Albania terbunuh diserang polis Afghanistan

Pirana serang pelancong di Brazil

BRASILIA: Sekumpulan ikan pirana menyerang pelancong yang mandi di sungai selatan Brazil dan mengakibatkan 20 daripada mereka cedera akibat digigit di tangan dan kaki. 

Laman web berita, G1 yang memetik pasukan penyelamat, berkata serangan luar biasa itu berlaku apabila sekumpulan spesis pirana, Palometas mengejutkan ratusan pengunjung yang sedang bersantai di pantai Toropi, iaitu terletak di daerah Rio Grande do Sul.
Katanya, 20 mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki dirawat di tempat kejadian. - AFP
READ MORE - Pirana serang pelancong di Brazil

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu penduduk Kampung Manjoi, Ipoh ke pusat pemindahan banjir berikutan hujan lebat luar biasa sejak awal pagi tadi. - Foto Ikhwan Munir
Feb 20, 2012 2:35 pm
READ MORE - ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Sunday, February 19, 2012

Ahli perniagaan rentung tersepit dalam nahas

BENTONG: Seorang ahli perniagaan warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila tersepit di tempat duduk kenderaan dipandunya sebelum rentung di Jalan Bentong-Kuala Lumpur, berhampiran Taman Orkid, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, mangsa, Leong Liang Kim, 62, dari Jalan Jati Gohtong Jaya, Genting Highlands, di sini, maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu menghala Bentong dari Kuala Lumpur terbabas sebaik tiba di laluan yang berselekoh itu sebelum bertembung sebuah lori membawa minuman dari arah bertentangan.
Menurutnya, akibat pertembungan itu, mangsa yang tersepit gagal menyelamatkan diri, manakala pemandu lori bersama kelindannya terjun ke bahu jalan sebelum kedua-dua kenderaan terbabit terbakar.
READ MORE - Ahli perniagaan rentung tersepit dalam nahas

Pelanggan bertempiaran lori bergerak sendiri

KUALA LIPIS: Beberapa pelanggan yang menikmati makanan di sebuah gerai, nyaris maut apabila sebuah lori membawa muatan 16 tan kelapa sawit yang diletakkan berhampiran premis itu, tiba-tiba bergerak dan merempuh gerai terbabit di Kampung Kuala Lanar, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pemandu lori berkenaan, Sarifuddin Abdul Hamid, 34, memberhentikan kenderaannya berhampiran gerai itu untuk bersarapan dan dia mendakwa sudah menarik brek tangan serta meletakkan sebatang kayu beluti sebagai penyendal tayar hadapan kenderaan berat itu.

“Saya terkejut apabila melihat lori yang saya letakkan kira-kira 50 meter dari gerai itu bergerak sebelum melanggar sebuah kereta di hadapan gerai dan merempuhnya,’’ katanya.
Sarifuddin berkata, ketika kejadian, dia baru melangkah masuk ke dalam gerai dan mendengar bunyi yang kuat kerana lori itu merempuh bahagian depan kedai sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi jalan.

“Saya kerap meletakkan lori di bahu jalan gerai makan di Kuala Lanar selepas selesai memunggah kelapa sawit dari Jerantut. Saya sering berhenti di sini untuk bersarapan sebelum menghantar muatan ke Kilang Sawit di Felda Kechau,” katanya.

Bagaimanapun, Sarifuddin bersyukur kerana seorang kanak-kanak yang berada di dalam kereta yang dirempuh lorinya itu tidak cedera dan semua pelanggan di gerai makan itu selamat.
Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Sabariah Che Ismail, 53, berkata, ketika kejadian dia baru memulakan perniagaan dan melayani lima pelanggan.
READ MORE - Pelanggan bertempiaran lori bergerak sendiri

Mati dihempap lori sampah

TAIPING: Seorang pekerja syarikat pemungut sampah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terbunuh selepas lori sampah yang dinaiki terbalik sebelum menghempapnya di hadapan Stesen Minyak Petronas Kamunting di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lori sampah dinaiki lima pekerja termasuk pemandu dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai dipandu laju menyebabkan lori berkenaan terbabas sebelum terbalik kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan menghempap mangsa, Abdul Rahman Razali, 40, yang berada di belakang lori.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya.
Isterinya, Sariah Mohd Nazri, 32, yang ditemui di hospital berkenaan berkata, Abdul Rahman sudah lebih 10 tahun bekerja sebagai pemungut sampah, tetapi baru dua tahun bekerja dengan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kemalangan berlaku apabila lori sampah dinaiki lima pekerja, termasuk pemandu dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai apabila bertembung dengan Proton Saga berkenaan.

Menurutnya, satu jentera pasukan Bomba dan Penyelamat Kamunting dipanggil ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa “Kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki remuk teruk manakala pemandunya yang masih belum diketahu identiti, cedera parah dan dihantar ke HT untuk rawatan,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Razif Harun di talian 05-8291213, atau 05-8291218.
READ MORE - Mati dihempap lori sampah

Maut ketika urus jenazah ibu

pix_gal0
Nelayan kena serangan jantung empat jam selepas orang tua meninggal

YAN: Seorang nelayan yang sibuk menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit tua, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira empat jam selepas kematiannya ibunya di Kampung Keda Sungai Udang di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.45 malam Jumaat lalu, Shafpeley Md Isa, 48, sedang menguruskan persiapan untuk pengebumian jenazah ibunya, Che Mah Mohamad, 89, yang meninggal dunia pada kira-kira jam 4.20 petang hari berkenaan.
Shafpeley yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dipercayai keletihan kerana menguruskan jenazah ibunya menyebabkan dia tiba-tiba rebah di rumah mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Yan dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dia sebelum itu menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak sembilan tahun lalu, termasuk menyuapkan makan minum serta memandikan ibunya itu walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai nelayan setiap hari.

Kakak ipar mangsa, Che Gayah Md Noh, 54, berkata, ketika membaca surah Yasin di depan jenazah ibunya, Shafpeley mengadu panas dan terus keluar untuk mengambil angin.

Bagaimanapun, katanya, dia tiba-tiba rebah tetapi sempat disambut penduduk kampung yang berada tidak jauh darinya. 
“Adik ipar saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan doktor mengesahkan ia berpunca daripada serangan jantung.

“Berikutan itu, jenazah Shafpeley dikebumikan bersama jenazah ibunya dalam satu liang lahad pada kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Che Gayah berkata, dia mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa adik iparnya itu apabila dimaklumkan oleh adiknya, Che Basah, 46, yang juga isteri Shafpeley melalui panggilan telefon ketika berniaga di pasar malam Sungai Layar, Sungai Petani pada malam berkenaan.

“Saya tiba di rumah mereka pada kira-kira jam 11 malam dan terkejut apabila mendapati ada dua jenazah, iaitu adik ipar saya dan ibunya. Pada mulanya saya hanya dimaklumkan mengenai berita kematian Shafpeley,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.

Che Gayah berkata, adik iparnya itu ada menjalani pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini dan doktor memaklumkan dia menghadapi masalah jantung tetapi tidak kritikal. Shafpeley meninggalkan empat anak berusia antara sembilan dan 21 tahun, yang mana dua daripada mereka masih lagi bersekolah.

Anak sulung Shafpeley, Norsyafiza, 21, berkata, arwah bapanya beriya-iya menghubunginya supaya pulang melihat jenazah neneknya buat kali terakhir ketika dia sedang bekerja di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.

“Sepanjang perjalanan pulang arwah ayah menghubungi saya lima kali untuk bertanya sudah sampai di mana. Saya tiba di rumah pada jam 7 malam dan ketika itu bapa tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
READ MORE - Maut ketika urus jenazah ibu

15 terkorban serangan bom nekad di Baghdad

BAGHDAD: Seorang pengebom berani mati nekad meletupkan dirinya di depan sebuah akademi polis di Baghdad, awal pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 21 lagi cedera parah.

"Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan dirinya di pintu masuk utama akademi polis di Palestine Street," kata Pegawai Kementerian Dalam Negeri tempatan.
Katanya, penyerang itu dipercayai membawa sebuah kereta yang dilengkapi dengan bahan letupan yang diletakkan di tayar kenderaan berkenaan.
"Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah pelajar yang sedang memohon bagi menyertai pasukan keselamatan negara ini,” katanya.
READ MORE - 15 terkorban serangan bom nekad di Baghdad

26 terbunuh, 29 cedera kemalangan bas di utara Ecuador

QUITO: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh manakala 29 lagi cedera apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung di utara Ecuador, di sini, awal pagi tadi. 

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada 14 lelaki, 10 wanita dan dua kanak-kanak, kata Ketua Bomba dan Penyelamat bandar Ibarra, Kolonel Marco Antonio Hadathy.
"Pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika ia dalam perjalanan dari Ibarra, kira-kira 120 kilometer di utara Quito dan bandar San Lorenzo, sehingga mengakibatkan kenderaan itu terbabas ke lereng bukit," katanya.
Bas itu terjunam ke dalam gaung dengan kedalaman kira-kira enam meter, katanya. - AFP
READ MORE - 26 terbunuh, 29 cedera kemalangan bas di utara Ecuador

Thursday, February 16, 2012

8 jam sambung tangan putus

Pasukan perubatan berjaya menyambung semula
KUALA LUMPUR – Pasukan perubatan dari Hospital Gleneagles terpaksa turun ke lokasi kejadian mencari tangan kiri Poon untuk menyelamatkannya yang kehilangan banyak darah.

Tindakan pantas pegawai perubatan itu bukan sekadar dapat menyelamatkan nyawa mangsa, tetapi dapat menyambung semula tangan yang terputus lebih sejam itu.

Menceritakan detik mencemaskan ketika merawat mangsa, Pakar Perubatan Trauma, Tangan dan Micro­surgeri Hospital Gleneagles, Dr Palani Ramasamy berkata, mangsa sampai ke wad kecemasan jam 9.30 malam dalam keadaan separa sedar.

“Saya segera ke hospital apabila dihubungi Dr Mary Ann yang berada di wad kecemasan. Beliau cuba mene­nangkan dan berkomunikasi dengan mangsa dalam usaha mencari semula tangan kiri tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mereka segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan meminta bantuan untuk mencari tangan itu untuk disambung semula.

“Kami harus mengutamakan nyawa mangsa kerana peluang untuk tangan itu disambung semula adalah dalam tempoh enam hingga 12 jam, bergantung sama ada ia disimpan dalam ais,” katanya.

“Kami mencari dalam longkang dan sekitar kawasan itu. Akhirnya, tangan mangsa dijumpai 100 meter dari lokasi kejadian di laluan pejalan kaki,” katanya.

Katanya, pakar bedah hospital mengambil masa hampir lapan jam bagi menjalankan pembedahan
READ MORE - 8 jam sambung tangan putus

Wednesday, February 15, 2012

MBSA minta Ikram buat analisis

SHAH ALAM: Kejadian rumah teres di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, berhampiran i-City di sini, yang mendap Selasa lalu, mendapat perhatian segera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA sudah meminta Institut Kerjaraya Malaysia (Ikram) membuat kajian dan analisis berhubung kejadian tanah mendap yang merosakkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat di tempat kejadian.

Sehubungan itu, katanya, lebih 1,000 penduduk yang terjejas diminta bertenang berikutan usaha penambahbaikan diusahakan. “MBSA merujuk masalah ini dengan agensi lain yang terbabit dan pihak berkaitan. Semalam (kelmarin) Ikram dan Bahagian Geoteknikal, Jabatan Kejuruteraan, MBSA, sudah melawat tempat kejadian bagi melakukan tinjauan awal.
“Penilaian dilaksanakan sebelum tindakan lanjut dibuat. Hari ini (semalam), Ikram sekali lagi turun padang bagi menjalankan kerja pengumpulan data dan mengenal pasti punca berlakunya tanah mendap itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Shahrin berkata, MBSA bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memastikan masalah itu diselesaikan segera.

Menurutnya, pihaknya berharap melalui kajian dan hasil analisis Ikram dengan kerjasama PKNS, masalah itu dapat dikenal pasti seterusnya mencadangkan tindakan dan penambahbaikan untuk mengatasinya.

Harian Metro semalam melaporkan tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap pada awal pagi. Kejadian tanah mendap jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat rosak dan ruang hadapan beberapa rumah penduduk mendap selain digenangi air.
READ MORE - MBSA minta Ikram buat analisis

Mati berkayuh 10km ke sekolah

ALOR SETAR: Seorang bapa tidak menyangka tindakannya membelikan anak sulungnya sebuah basikal bagi memudahkannya ke sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam kemalangan Jalan Alor Setar-Kangar, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 6.45 pagi berhampiran Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini, ketika mangsa, Muhamad Nazren Jamalludin, 13, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Mangsa dipercayai cuba melintas, tetapi dirempuh sebuah Proton Persona dari arah sama menyebabkannya terjatuh dan parah di badan serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bapa mangsa, Jamalludin Ahmad, 37, berkata arwah keluar rumah jam 6.30 pagi ketika dia dan isteri, Sabina Ismail, 36, keluar bekerja di restoran makanan segera berasingan.

Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi seorang individu memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu terbabit kemalangan dan disahkan meninggal dunia sebelum menghubungi isterinya.

Katanya, kebiasaannya arwah menunggang basikal bersama rakan-rakannya, tetapi semalam arwah terlewat bangun menyebabkan dia bersiap dalam kelam-kabut.

“Sebelum ini, setiap pagi, saya dan isteri bergilir-gilir menghantar arwah ke sekolah, tetapi sejak seminggu lalu, dia mahu pergi sendiri menunggang basikal bersama rakan-rakannya dan meminta saya membelikan basikal itu.

“Saya tunaikan hasratnya dan membelikan basikal, tetapi tak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan selepas basikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta.

“Basikal itu baru dibeli seminggu lalu selepas arwah beriya-iya mahukannya walaupun sebelum ini dia atau isterinya menghantar arwah ke sekolah dengan kereta,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.

Jamalludin berkata, arwah anak yang baik dan manja, malah tidak pernah ketinggalan mengunjungi pusara arwah neneknya, Roziah Ahmad yang meninggal dunia tahun lalu setiap Jumaat sejak setahun lalu kerana sebelum ini hubungan mereka rapat.

“Allah lebih sayangkan dia dan pinjamkan arwah untuk saya dan isteri dalam tempoh singkat, namun saya reda dengan takdir,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Siam, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam.
READ MORE - Mati berkayuh 10km ke sekolah

4 keluarga diarah pindah

PERIKSA...anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.
PERIKSA...anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.
SHAH ALAM: Empat keluarga di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, di sini, diarahkan berpindah serta-merta selepas diberikan notis 24 jam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berikutan kejadian tanah runtuh, malam kelmarin.
Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA sudah meminta pemaju perumahan kawasan itu melantik perunding teknikal membuat analisis dan kajian berhubung kejadian jam 7 malam itu.

Beliau berkata, hasil analisis itu membantu bagi menentukan tindakan penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah gelinciran tanah di kawasan berkenaan.
“Sebagai langkah pencegahan jangka pendek, pemaju sudah menutup kawasan gelinciran tanah berkenaan dengan kanvas bagi mengurangkan risiko gelinciran tanah atau tanah runtuh yang lebih teruk. “Pada masa sama, PDRM meletakkan pondok polis sementara bagi langkah keselamatan dan berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati tanah runtuh berkenaan hampir menimpa sebuah rumah.

Bagaimanapun, cubaan untuk mendapatkan komen penduduk yang diarah pindah gagal berikutan penghuni sudah mengosongkan rumah.

Kerja pembersihan turut dilakukan pemaju dan MBSA, selain keliling kawasan berisiko diletakkan tali kuning kecemasan dilarang masuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata keputusan mengeluarkan notis 24 jam berpindah kepada keluarga terbabit dibuat dengan kerjasama MBSA.

“Selepas jurutera daripada MBSA meninjau kawasan kejadian, didapati empat rumah di sebelah lereng bukit berada dalam situasi bahaya kerana tanah di kawasan itu masih lembap,” katanya.

Beliau berkata, jurutera terbabit menasihatkan supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan kejadian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Orang ramai juga diminta berhati-hati dengan kehadiran pencuri yang memecah masuk rumah mangsa ketika rumah tidak berpenghuni.

“Kami akan mengawasi kawasan kejadian,” katanya.
READ MORE - 4 keluarga diarah pindah